Monday, 5 December 2011

Mewarna buah apple menggunakan warna air ( teknik catan )

Cara melukis dan mewarna buah epal menggunakan pensil warna

Contoh gambar

Ini adalah contoh gambar teknik-teknik yang disebutkan : ( google search )



Teknik Cetakan




Teknik Gurisan



Teknik Kolaj

 Teknik Mozek



Teknik Resis





Teknik Tiupan

Bidang Menggambar

Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek melukis serta kegiatan menggambar menggunakan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini juga memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan merangkumi sifat dan fungsi.

Kegiatan membuat gambar memberi peluang kepada murid mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman melukis dan menggambar dengan kesan yang berbeza apabila menggunakan media serta teknik yang berlainan.

Antara teknik dan media yang digunakan adalah :

1. Resis : Krayon, lilin, gam
2. Cetakan : Timbul, benam, litografi, Stensil
3. Catan : Cat air, cat minyak, akrilik, warna poster, warna batik, emulsi
4. Kolaj : Kertas, bahan sumber alam, bahan terpakai
5. Gurisan : pen, pensil, krayon, bahan tajam
6. Lukisan : Pensil, krayon, arang, pen
7. Gosokan : Pensil, krayon, pastel, kapur
8. Mozek : kertas, kadbod, bijirin
9. Media campuran : semua bahan dan teknik yang sesuai
10. Tiupan : Cat air, warna batik, dakwat
11. Tekapan : warna air, warna poster, dakwat cetak

Penekanan dalam Pendidikan Seni

Guru-guru pendidikan seni perlu :

* Peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui pendidikan seni.
* Menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dan remaja dalam mewujudkan suasana pengajaran dan    
   pembelajaran yang lebih berkesan.
* Meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan sistematik.
* Menyedari adanya pelbagai pendekatan pengajaran pendidikan seni.
* Berketrampilan terhadap pendekatan dan kaedah pengajaran.
* Menanam sifat adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan pentaksiran.
* Menyedari kepelbagaian kaedah dan melihat seni sebagai rangsangan untuk membuat apresiasi, refleksi dan 
   metakognitif.
* Memperkayakan semangat patriotisme melalui proses penghayatan warisan budaya bangsa.
* Mengawal kemahiran proses berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah pembentukan insan murni.
* Meningkatkan keupayaan melihat kemungkinan dalam membuat jangkaan.
* Meningkatkan keyakinan dalam berkarya.
* Menyuburkan sifat sabar dan dedikasi dalam membantu menghasilkan karya yang kreatif.
* Membina dan memperkaya sifat kreatif dan inovatif untuk menolong merealisasikan Falsafah Pendidikan
   Kebangsaan.

Pengenalan

Dalam usaha menjalankan kegiatan Pendidikan Seni Visual di Sekolah Rendah, Luahan kreativiti adaah dianggap perkara utama. Luahan ini mampu menggilap kebolehan berfikir dan bertindak murid. pengalaman yang bermula dengan penerokaan akan meyakinkan murid untuk berinteraksi dengan bahan dan pelbagai teknik.

Kemahiran yang dinyatakan amat berguna untuk diaplikasikan oleh guru. kndungan yang berupa maklumat serta contoh strategi pengajaran dan pembelajaran adalah sebahagian kecil daripada contoh-contoh yang boleh diketengahkan oleh guru.

Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah terbahagi kepada 4 bidang, iaitu :
1. Bidang Menggambar
2. Bidang Membuat Reka Corak
3. Bidang Membentuk dan Membuat Binaan
4. Bidang Kraf Tradisional