Monday, 5 December 2011

Bidang Menggambar

Bidang menggambar menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek melukis serta kegiatan menggambar menggunakan pelbagai media dan teknik yang menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Bidang ini juga memperkenalkan murid kepada pelbagai bahan merangkumi sifat dan fungsi.

Kegiatan membuat gambar memberi peluang kepada murid mengaplikasi pengetahuan dan pengalaman melukis dan menggambar dengan kesan yang berbeza apabila menggunakan media serta teknik yang berlainan.

Antara teknik dan media yang digunakan adalah :

1. Resis : Krayon, lilin, gam
2. Cetakan : Timbul, benam, litografi, Stensil
3. Catan : Cat air, cat minyak, akrilik, warna poster, warna batik, emulsi
4. Kolaj : Kertas, bahan sumber alam, bahan terpakai
5. Gurisan : pen, pensil, krayon, bahan tajam
6. Lukisan : Pensil, krayon, arang, pen
7. Gosokan : Pensil, krayon, pastel, kapur
8. Mozek : kertas, kadbod, bijirin
9. Media campuran : semua bahan dan teknik yang sesuai
10. Tiupan : Cat air, warna batik, dakwat
11. Tekapan : warna air, warna poster, dakwat cetak

No comments:

Post a Comment