Monday, 5 December 2011

Penekanan dalam Pendidikan Seni

Guru-guru pendidikan seni perlu :

* Peka dan bertanggungjawab terhadap perkembangan pendidikan negara melalui pendidikan seni.
* Menghayati kesedaran fitrah kanak-kanak dan remaja dalam mewujudkan suasana pengajaran dan    
   pembelajaran yang lebih berkesan.
* Meningkatkan keyakinan diri dalam pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan sistematik.
* Menyedari adanya pelbagai pendekatan pengajaran pendidikan seni.
* Berketrampilan terhadap pendekatan dan kaedah pengajaran.
* Menanam sifat adil dan bertanggungjawab dalam mengendalikan pentaksiran.
* Menyedari kepelbagaian kaedah dan melihat seni sebagai rangsangan untuk membuat apresiasi, refleksi dan 
   metakognitif.
* Memperkayakan semangat patriotisme melalui proses penghayatan warisan budaya bangsa.
* Mengawal kemahiran proses berfikir dalam situasi dan kehidupan harian ke arah pembentukan insan murni.
* Meningkatkan keupayaan melihat kemungkinan dalam membuat jangkaan.
* Meningkatkan keyakinan dalam berkarya.
* Menyuburkan sifat sabar dan dedikasi dalam membantu menghasilkan karya yang kreatif.
* Membina dan memperkaya sifat kreatif dan inovatif untuk menolong merealisasikan Falsafah Pendidikan
   Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment